WELCOME TO MY BLOG! :')

Kek Lapis Cadburrrrrreh~

Bahan-bahan :

  • 500gm mentega
  • 10 biji telur
  • 150gm gula
  • 100gm tepung biskut Marie
  • 1 peket santan serbuk (50gm)
  • 100gm susu manis
  • 180gm tepung gandum
  • coklat Cadbury secukupnya (2-3 kotak)
Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga kembang dan habis.
  3. Masukkan tepung biskut Marie, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu biarkan tanpa pewarna dan satu lagi warnakan dengan perisa coklat ataupun pewarna coklat.
  5. Letakkan lapisan pertama kedalam loyang berukuran 9"x9" atau 8"x8". (Makin kecil loyang makin tinggilah kuih tu nanti)
  6. Bakar lapisan pertama hingga masak. Gunakan api gril sahaja dengan suhu kira2 200 darjah Celsius. Masa membakar adalah kira2 1 jam 20 minit.
  7. Setelah lapisan pertama masak, ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat Cadbury.
  8. Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.



Ini pula gambar yang da siap. Saya sendiri pon tak ikut sangat resepi ni. Warna kek pun dah lain :)

Selamat mencuba! :)

p/s: I'm not yet a professional.. So... hehe senyummmm :) 

0 komen:

Post a Comment