Lafaz Niat Sembahyang Tarawih
- Didirikan sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
- Boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat, kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
- Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”.
- Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abu Dawud dan Tirmizi.
- Bilangan rakaatnya ialah ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Biasanya dilaksanakan secara berjemaah juga boleh secara bersendirian.
Niat Solat Witir
- Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
"Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
- Perbanyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh rasa rendah diri, agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita, menerima taubat kita, menerima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
Zikir Selepas Solat Witir
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."


3 komen:
jom terawih :D
pok.. get ready.. hehehe.. lamak x menjenguk kau pun blog.. hehe.
masjuwita, lom. kat masjid :)
lamak xnangga pok srg ya singgah koh:D
Post a Comment